Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syibab yang tidak masuk akal itu. Mereka ternyata hairan.
"Bagaimana hal itu boleh terjadi?" tanya mereka serentak
Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah kisah menarik.
"Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami oleh satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah ereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.
Dua orang itu turut menglami masalah yang sama. Mereka mesti memnerikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya di menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.
Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yng dilakukan ikhlas kerana Allah. Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya seekor lalat, adalah perbutan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganyanya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.
Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa di tengah padang pasir dan akhirnya mati.
Namun, dia mati dalam keadaan musyrik(menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala."

No comments:
Post a Comment