HEY! thanks visit mine... hope u get what u want from my blog

Aku Pelajar Asasi UiTM

Assalamualaikum...
seriously lama gila aku tak bukak blog ni, lebih setahun dah sebab I'm now in year 2016.
ok, aku pon tak tahu aku nak cakap untuk post kali ni, maybe just luahan hati.
Kembali kepada tajuk, seriously aku cakap, aku bangga jadi pelajar uitm sebab "UiTM diHatiku"
aku tak kesah ah sape-sape yang nak mencondem uitm or kata uitm low ke apa, yang aku tahu, mana-mana bangsa melayu yang cakap macam tu orang bodoh, sekali lagi aku ulang BODOH sebab pe, diaorang kutuk bangsa sendiri.  perghh, memang aku tengah emo. Maaf ye, terguna bahasa yang tidak sopan.
ok, sekarang kan kanak2 riang yang baru lepas SPM tengah mintak UPU so sis nak cerita lah sikit pengalaman sis sepanjang menjadi pelajar Asasi UiTM. Mybe sis menjadi penyebab adik2 berminat ke UiTM.. Sis saja je lah bergurau walaupun hambar (- _ -).
Sis boleh cakap, sis suka giler2 waktu sis sem 1, happy life sis boleh cakap sebab bagi sis excited giler first time masuk U, sebab maybe gaya hidup kot, jujur sis bukan orang yang sosial. Mai sis nak bitau kenapa sis excited duduk asasi

1. MATAPELAJARAN TAK BANYAK CAM SPM
   so hadik2 yang manis lagi ensem boleh lah memberikan lebih tumpuan kepada apa yang dipelajari
    -daripada 11 subject terus jadi 6 subject, mana sis tak happy. :)

2. KELAS WAKTU TAK TETAP
   maksud sis, dulu waktu sekolah kan sekolah start dari pukul 7.00 pagi sampai 3.30 petang,tu sis lah,  korang mungkin lain sikit. tapi dekat U ni, kelas paling awal pukul 8.30 pagi (jangan tidor lepas subuh pulak) and paling lewat habis pukul 6.20 petang. ok, hadik2 jangan takut sebab hadik2 ada "gap" antara kelas tu, tak macam sekolah, straight dari pagi sampai petang, penat kan.
gap or waktu tak de kelas, ikot suka hati hadik2 lah nak buat apa, nak balik bilik tidor pon boleh, makan lagi lah boleh, belajar, serious sangat dialu-alukan. Bagi sis, waktu gap tu untuk sis rehatkan minda or buat preparation untuk kelas seterusnya. barulah masuk kelas bersemangat kan.

3.KELAS BERBEZA-BEZA
  di sini, sis nak bagitau hadik2 tak de lah duduk dalam kelas yamg sama macam dekat sekolah haritu dari pagi sampei ke petang. BOSAN kan, dekat U ni hadik2 akan bergerak ke kelas yang lain setiap kali habis satu subject. so sape yang malas bergerak tu, sis boleh cakap rindulah sekolah sebab sis jenis yang suka bergerak, tak suka duduk statik, kanak2 riang lah sis boleh katakan.

4. ADA LECTURE HALL
ok, yang ni cam  hadik2 selalu tengok dalam tv tu, ha cam tu lah, cam gambar bawah ni

Image result for lecture hall

ok, sis sangat suka kelas macam ni sebab hadik2 duduk lah mana2 pon, hadik2 akan dapat tengok muka lecturer yang mengajar dengan jelasnya, boleh usha orang lain buat apa,jangan usha lain jantina pulak, risau sis ilmu yang korang belajar tak masuk dek kerana buat dosa. kalau kelas straight, sekali dapat belakang memang kesian but not to lecture hall, I don't know oppinion from other, but for me, that's it.
tapi macam untuk sem 2 sis dah kene pindah ke dengkil, lecture hall sikit so kelas math je sis duduk dalam lecture hall, yang lain semua dalam kelas yang rata tu. tapi ada kawan sis yang takde langsung duduk dalam lecture hall untuk sem 2. sem 1 kitaorang dekat Puncak Alam, banyak lecture hall sebab campur dekat budak degree and master. dekat dengkil just Asasian. so sis bleh cakap, kami penutup asasi uitm di Puncak Alam dan pembuka Asasi di Dengkil. agak sedih lah sebab bila tak duduk dalam lecture hall time lecture rasa macam kembali ke sekolah. dari cara sis cakap sis macam tak suka sekolah je kan, takde lah sis tak suka sekolah, cuma sis ada pengalaman buruk waktu sis form 4 and form 5 so sis lebih suka waktu asasi.

5.OPEN MINDED
ok, yang ni bukan sis nak bagi korang terlalu open minded sampai cakap tunjuk rambut percuma or "free hair" tu pon ok. not like that, maaf sis tak racist. maksud sis, diaorang lebih matang berbanding budak sekolah, pendapat sis lah, senang dibawak berbincang.

tu je lah, sis dah ngantuk ni. kalau kira banyak lagi sebab kenapa sis lebih suka U berbanding sekolah.
semuanya atas diring masing-masing dekat U ni, kalau hadik2 nak rajin atau malas belajar, tu pon pilihan masing2. nak buat perkara baik atau jahat pon tak de yang nak melarang, so buatlah pilihan yang akan buat korang tak menyesal.

Nanti dekat U korang masuk, ramai giler pakwe hensem2 and makwe cun2, so akak nak pesan jagalah pandangan terutamanya budak lelaki, korang gi U nak dapat ilmu kan, so janganlah buat dosa. udah-udahlah mengusha, nanti masuk degree baru cari ye, asasi ni awal sangat bagi sis, what ever you do, tajdid niat. ok, agak melalut dan kelaut. ape-apepon, akak doakan adik-adik berjaya dapat apa yang adik-adik inginkan and make sure, in everything you do, Allah is bless u and have FUN.
#sisserabutbudaklelakiasyikdukmengusha



Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Gadis Pintar Gadis Impian

Ada seorang pemuda Arab yang tampan, soleh dan sangat pintar. Dia ingin menikah dengan seorang gadis solehah dan pintar seperti dirinya. Maka, dia mula mengembara dari satu kabilah ke kabilah lain, bagi mencari gadis impiannya.

       Suatu ketika, dia berjalan menuju kabilah di Yaman. Di tengah perjalanan, dia terjumpa dengan seorang lelaki.

       Pemuda itu menyapa, "Wahai tuan! Adakah kau dapat membawaku dan aku membawamu?"

       Spontan lelaki itu menjawab, "Wahai bodoh! Kau ini kenapa? Aku menunggang kuda dan kau juga menunggang kuda, mana mungkin kita dapat saling membawa?"

       Pemuda itu diam sahaja apabila mendengar jawapan lelaki itu.

       Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan sehingga melewati sebuah kampung. Kampung itu dikelilingi oleh kebun buah-buahan yang sudah tiba masa dituai dan dipetik.

       Pemuda itu bertanya, "Menurutmu, adakah buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"

       Seketika, lelaki itu menjawabm "Pertanyaan itu aneh sekali! Kau sendiri melihat dengan mata dan kepalamu, buah-buahan itu masih ada di pokoknya dan belum dipetik. Mengapa kamu bertanya, sama ada buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"

       Pemuda itu hanya diam dan tidak menjawab kata-kata lelaki itu. Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan. Baru sebentar mereka berjalan, mereka bertemu dengan orang yang sedang mengiringi jenazah.

       Pemuda itu berkata, "Menurut pendapatmu, yang diiringi dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati, ya?"

       Lelaki itu menjawab, " Aku semakin tidak faham denganmu. Aku tidak pernah bertemu dengan pemuda yang lebih bodoh daripadamu. Ya, jelas! Jenazah itu akan dibawa untuk dikuburkan. Tentu dia sudah mati."

       Pemuda itu kembali diam dan tidak menjawab sepatah kata pun atas tomahan lelaki itu. Dia mengajak pemuda itu menginap di rumahnya. Dia berasa kasihan kerana pemuda itu kelihatan sangat letih.

       Lelaki itu ada memiliki seorang seorang anak gadis yang sangat cantik. Setelah mengetahui ada tetamu menginap, anak gadisnya itu bertanya, "Ayah, siapakah dia?"

       "Dia itu pemuda paling bodoh yang pernah aku temui," jawab ayahnya.

       Anak gadisnya itu berasa hairan. Dia terus dengan pertanyaan berikutnya, "Bodoh! Kenapa?"

       Ayahnya terus menceritakan awal pertemuaannya dengan pemuda itu dan segalanya kata-kata dan pertanyaannya. Apabila mendengar cerita ayahnya itu, anak gadis itu berkata, "Apalah ayah ini? Dia itu tidak bodoh. Sebenarnya dia sangat pintar dan pandai. Kata-katanya mengandungi makna tersirat. Ketika dia menanyakan, 'Adakah kau boleh membawaku dan aku membawamu?' Maksud bersama adalah, adakah kita boleh saling berbincang sehingga boleh membawa kita pada suasana yang lebih akrab?' Ketika dia bertanyakan, 'Buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?', Dia bermaksud, 'Adakah pemiliknya sudah menjualnya sebelum dipetik ataupun belum?' Jika telah menjualnya, pemiliknya tentu menerima wangnya dan membelanjakannya untuk makanan dan keperluan keluarganya. Kemudian, ketika dia bertanya, 'Adakah jenazah di dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati?' Maksudnya, adakah jenazah itu memilki anaj yang boleh melanjutkan perjuangannya ataupun tidak?'

       Setelah mendengar apa yang dijelaskan oleh anak gadisnya itu, lelaki itupun keluar menemui pemuda itu. Dia meminta maaf di atas kata-katanya yang memperbodohkan pemuda itu. Kedua-duanya lalu berbincang.

       Lelaki itu berkata, "Sekarang aku baru tahu apakah maksud pertanyaan-pertanyaanmu semasa dalam perjalanan tadi."

       Lalu, dia menjelaskan seperti yang telah dijelaskan oleh anak gadisnya. Mendengar hal itu, si pemuda itu pun bertanya, "Saya yakin itu bukan lahir dari fikiranmu sendiri dan bukan ucapanmu. Demi Allah! LKatakanlah padaku siapakah yang menjelaskannya?"

       "Yang menjelaskannya hal itu adalah anak gadisku." jawab lelaki itu.

       Dengan spontan pemuda itu bertanya, "Adakah kau mahu menikah aku dengan anak gadismu itu?"

       "Ya"

       Begitulah, setelah melali pengembaraan panjang, akhirnya pemuda itu menemui teman hidup yang dia impikan.




Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Kalimat Pengusir Malaikat

SEPRANG ULAMA terkemuka, Imam Sahl bin Abdullah at-Tastari menceritakan kisah dirinya.

       "Ketika berumur tiga tahun, aku ikut bapa saudaraku iaitu Muhammad bin Sanwai melakukan qiyamullail. Aku melihat cara solat bapa saudaraku dan aku meniru gerakannya.

       Suatu hari, bapa saudaraku berkata kepadaku, "Adakah kau mengingati Allah, yang menciptankanmu?"

       Aku bertanya padanya, "Bagaimanakah caranya aku mengingati-Nya?"

       Beliau menjawab, Anakku! Jika kau berganti pakaian dan ketika hendak tidur, katakanlah tiga kali dalam hatimu, tanpa menggerakkan lidahmu. 'Allahu ma'i... Allahu naadhari... Allah syaahidi! (Ertinya, Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku!). "

       Aku menghafalkan kalimah itu, lalu mengucapkannya setiap malam. Kemudian, aku menceritakan hal ini kepada bapa saudaraku.

       Bapa saudaraku berkata, "Mulai sekarang, ucapkan zikir itu sepuluh kali setiap malam."

       Aku mengamalkannya, aku fahami maknanya dan aku merasakan ada kenikmatan dalam hatiku. Fikiran terasa tenang, Aku berasa sentiasa bersama Allah Subhanahu wa Taala.

       Satu tahun selepas itu, bapa saudaraku berkata, "Jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu, dan amalkanlah sehingga mati. Zikir itu akan bermanfaat bagimu di dunia dan akhirat.:

       Katanya lagi, wahai Sahl! Orang yang berasa selalu disertai Allah, dilihat Allah dan disaksikan Allah, adakah dia akan melakukan maksiat?"

       Kalimat Allahu ma'i, Allahu naadhiri. Allahu syaahidi! sangat terkenal di kalangan ulama arif billah. Bahkan, Syeikh al-Azhar, Imam Abdul Halim Mahmud, yang juga dikenali sebagai ulama yang arif billah menganjurkan kepada kaum Muslimin supaya membaca kalimah ini di dalam hati. Maknanya yang dasyat, jika dihayati dengan bersungguh-sungguh, akan mendatangtkan rasa ma'iyatullah (selalu berasa disertai, dilihat dan disaksikan oleh Allah Subhanahu wa Taala.

       Akhirnya, hal ini akan menimbulkan rasa takwa yang tinggi kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kalau sudah begitu, adakah orang yang berasa selalu disertai, dilihat dan disaksikan Allah akan melakukan maksiat?




Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Pahala Takut kepada Allah

Dalam sebuah hadis qudsi, ada riwayat mengenai balasan yang diberikan Allah kepada yang takut kepada-NYA. Rasulullah SAW bersabda, "Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya, 'Jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian, taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorangpun di alam semesta!

       Tatkala lelakiitu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah diwasiatkan kepada mereka. Lalu, Allah memerintahkan daratan supaya mengumpulkan abu yang disebar di daratan itu dan memerintahkan supaya lautan mengumpulkan abu yang disebar di lautan.

       Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki itu (setelah dihudapkan kembali), "Mengapakah kau lakukan ini?"

       Lelaki itu menjawab, "Kerana aku takut kepadaMu wahai Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu semua,"

       Maka Allah SWT pun mengampuninya.

       Kisah dalam hadis Qudsi ini begitu memberi pengajaran dan penuh hikmah. Seseorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak pernah beramal soleh sedikitpun, masih memiliki rasa takut pada Allah SWT. Keagungan Allah ada di hadapan matanya sehingga dia takut akan hisab dan azab Allah atas perbuatannya di dunia.

       Ketakutannya ini membuatnya membuat wasiat bodoh. Setelah mati, dia ingin mayatnya dibakar dan abunya disebarkan di daratan dan di lautan. Dengan begitu, Dia ingin selamat dari azab Allah. Dia yakin Allah itu ada, Dia juga yakin hisab Allah itu ada dan hisab itu menunggu setelah kematiaannya. Dia ingin menyelamatkan dirinya dengan cara menabur abu jasadnya itu di daratan dan di lautan,

       Namun Allah Maha Kuasa tetap menghisabnya. Tiada yang luput dari hisab-NYA. Akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah SWT.

       Hikmah yang dapat diambil dari kisah tadi adalah, walau sekecil apa pun keimanan dalam dada seseorang (iaitu keyakinan akan adanya Allah, hisab dan keadilan Allah) dapat mendatangkan keampunan dan rahmat Allah. Bagaimanapun jika rasa takut pada Allah itu dihadirkan pada setiap saat dengan disertai amal soleh? Tentunya pahala yang lebih besar dan agung disediakan Allah SWT.

       Di dalam kitan Al-Quran, Allah SWT telah berfirman, memberikan khabar gembira yang bermaksud:

       "Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagumgam Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. "
                                                                                   (Surah An-Naziat [79]: 40-41)


     
Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Pemuda Penakluk Syahwat

Di Kota Madhinah, ada seorang pemuda yang selalu solat berjemaah bersama Umar bin Al-Khattab. Jika pemuda itu tidak datang ke masjid, Umar pasti menyanyakannya. Pemuda itu seorang yang beradab, sopan dan tampan.

   Setiap kali pergi ke masjid, pemuda itu mesti melalui beberapa rumah.Antaranya ada rumah yang dihuni oleh seorang gadis cantik. Gadis itu sering melihat pemuda yang setiap hari pulang dan pergi ke masjid. Pemuda itu sama sekali tidak tahu yang ada seorang gadis selalu memerhatikannya, bahkan diam-diam mencintainya.

   Kerana tidak mampu lagi lagi membendung rasa cintanya, gadis itu menceritakan perasaannya kepada kaum wanita yang ada dirumahnya. Seorang wanita tua berkata, "Aku akan membuat tipu daya agar kau mendapatkannya."

   Kemudian, wanita tuaitu duduk di pinggir jalan. Ketika pemuda itu melalui untuk solat berjemaah seperti biasanya, wanita itu memanggilnya. Dia berkata kepadanya, "Nak, aku ini perempuan tua. Aku memiliki kambing di dalam rumah. Aku ingin meminum susunya, tetapi aku tidak kuat lagi memerah susunya. Adakah kau boleh menolongku?"

   Pemuda itu mengiakan. Dia pun masuk ke dalam rumah itu untuk memerah susu kambing. Tiba di dalam rumah, dia tidak menjimpai seekor kambing pun. Dia hanya mendapati seorang gadis cantik separuh telanjang yang terus ingin memeluknya. Pemuda itu menghindarinya. Gadis itu terus merayu dan mengajaknya melakukan perbuatan maksiat dan dilarang Allah. Pemuda itu tetap tidak mahu. Gadis itu berteriak meminta tolong. Tidak lama kemudian, orang ramai pun datang kerana teriakan gadis itu. Gadis itu mengatakan bahawa pemuda itu mengajaknya membuat perkara yang tidak senonoh dan hendak memperkosanya.

   Selepas  itu, orang ramai memukulnya, lalu mengikat pemuda itu.  Mereka mengheretnya menghadap Umar bin Al-Khattab. Setelah sampai di hadapan Umar, Umar terperanjatapabila melihat wajah pemuda itu. Di dalam hati dia berdoa, "Ya Allah! Janganlah kau buat prasangka baikku kepada pemuda ini salah!"

   Orang ramai menceritakan masalahnya, sebagaimana dikatakan gadis itu. Umar terus menoleh pada pemuda yang sudah dicederakan itu. Pemuda itu menceritakan apa yang dialaminya.

   "Adakah kau mengenali wanita tua yang meminta tolong kepadamumu itu?" Umar bertanya.

   "Ya, aku dapat mengenalinya," jawab pemuda itu.

   Lalu, Umar mengumpulkan seluruh wanita kota Madinah. Wanita yang dikehendaki tidak ada di kalangan mereka. Tidak lama selepas itu ada wanita tua melintas.

   Pemuda itu spontan berkata, "Itu dia wanita yang memperdayakanku!"

   Umar memerintahkan supaya wanita itu menghadapnya. Setelah berada di hadapannya, Umar melepaskan jubah luarnya dan menyelimutkannya pada tubuh wanita itu. Kemudian, Umar berkata, "Katakanlah dengan jujur padaku, apakah sebenarnya yang terjadi . Apakah yang kau lakukan pada pemuda ini?"

   Wanita itu akhirnya menceritakan hal yang sebenarnya, dia tidak berani berbohong. Apa yang dikatakan wanita tua itu sama seperti yang diceritakan pemuda itu.

   Seketika itu, Umar berkata, "Segala puji bagi Allah yang menjadikan orang yang seperti Nabi Yusuf di kalangan kita."


Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Masuk Syurga dan Masuk Neraka kerana Seekor Lalat

IMAM THARIQ bin Syihab pernah berkata dalam majlis pengajiannya, "Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat."

   Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syibab yang tidak masuk akal itu. Mereka ternyata hairan.
 
   "Bagaimana hal itu boleh terjadi?" tanya mereka serentak
Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah kisah menarik.

   "Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami oleh satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah ereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

   Dua orang itu turut menglami masalah yang sama. Mereka mesti memnerikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya di menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

   Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat pada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yng dilakukan ikhlas kerana Allah. Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya seekor lalat, adalah perbutan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganyanya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

   Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa di tengah padang pasir dan akhirnya mati.

   Namun, dia mati dalam keadaan musyrik(menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala."


 

Suka? LIKE lah!...Awak comel!

HOsTEL LIFe!!!

Assalamualaikum n a very good afternoon..
pergh, hebat at... saje eee... pembuka pembuka bicara kata.. hehe...
ok, today I want to talk about my life at the hostel,
sesudah hampir 4 bulan aku duduk di asrama baru lah terasa nak cerita dekat orang laen,
sebab baru terasa tak adalah teruk sangat duduk asrama...
mula2 duduk tu ada lah nangis2, memang tak malu nak ngaku, paling penting rindu keluarga n rumah...
kalau orang tanya nak pindah sekolah lama tak, akan ku jawab,
"boleh, nak suruh kemas barang sekarang jugak boleh"
tapi bila dah lama duduk asrama, kalau orang tanya the same question, I will not answer no but I will thik first  and maybe the answer 83% no, hehe.. sebab tak nak susahkan ma dan abah sebenarnya...
tapi kadang2 ada jugak lah penyesalan sebab haritu ramai orang rumah yang suruh tak payah pergi sebab diaorang tahu siapa saya, haha.. manja... tapi manja2 pon dah duduk asrama 4 bulan eh, tak de balik2 pon..
ok, I dah buktikan yang I ni tak adalah manja sangat, boleh berdikari and sudah bersedia untuk ke oversea(harap2, sebab duduk oversea ni setahun sekali boleh balik, tu kalau boleh balik.. duk asrama ni paling lama pun sebulan lebih tak balik, tu pon ma and abah akan melawat 2 or 3 minggu sekali)...
ok, duduk asrama ni takde lah terok sangat, ada time ianya sangat menyeronokan...
ia akan seronok bila,
1. ada even yang tak ada dekat sekolah harian
2. jujur, time solat lebih terjaga sebab setiap kali waktu solat wajib pergi solat surau, especially waktu maghrib and isyak...
3. kalau ada aktiviti ape2 tak payah susahkan mak ayah hantar dan ambil
4.dapat pergi sekolah awal sebab bangun awal and senang nak puasa bila bangun awal
5. dapat pengalaman yang mungkin budak2 yang duduk rumah tak ada or kalau ada pun jarang2, contohnya, panjat pagar asrama, selipar kene lempar dari bangunan sebab tak susun, tengok orang kene rasuk depan mata(duduk asrama lebih kerap tengok), makan meggi dengan air sejuk, kene denda jalan itik di banguna asrama dan aspura melihatnya and banyak lagi lah..
dan ada tu saya pernah tengok kawan-kawan mengigau and dia sebut nama saya, oh, apakah yang telah saya buat sampai awak sebut nama saya dalam igauan awak..
dan korang akan rasa nak tergelak or takut bila ianya berlaku apabila anda terkejut di pagi hari pada pukul 2 or 3.. huh.. so scary..
tapi yang tak seronoknya bila,
1.bila nak study, bilik bising
2. ada masalah dan masalah yang tak patut dan sesuai untuk diceritakan pada kawan
3. bila berlaku ketegangan di dalam dorm, mengutuk di belakang
4. kene basuh baju sendiri, walaupun kemudahan mesin basuh ada tapi kebersihannya tak terjamin, basuh ngan tangan lagi suci dan bersih.
and time nak jemur kain, kene pergi ampaian yang "dekat" tu. ok, memang sangat dekat...
5.dibelebel or dimarahi pada waktu "rollcall" tapi yang ni tak adalah sakit hati sangat, biasanya yang tak puas hatinya budak yang buat salah tu..
6. dipanggil untuk perjumpaan aras or what and terpaksa didenda akibat perbuatan orang lain, contohnya, terpaksa pegang tut... tut.. ok, tak perlu faham..

ok.. mungkin banyak lagi nak dicerita tapi lain kali lah, pangjang sangat ni, nanti korang jugak yang malas baca..
ok.. I "LOVE" HOSTEL LIFE lah sangat... mata ke atas kepala terteleng ke tepi.. haha..
see u next time dear..
Assalamualaikum.. :)













Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Tawaran ke SBP

Assalamualaikum...
Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi kerna dengan limpah dan kurnianya kita masih dapat bertemu di blog yang mulia ini dan masih dapat bernafas di bumi yang semakin uzur ini..
ceewaahh.. skema betol ayat saya kan..
emmm... usah dilayan..
ok.. mari kita tanya diri kita adakah semakin hari semakin bertambah amal kita atau semakin banyak dosa yang kita lakukan...
ok, saya rasa diri saya termasuk orang yang banyak buat dosa jadi mari kita sama-sama istighfar..
Astargfirullahalazim...Astargfirullahalazim...Astargfirullahalazim...

emmm, ok lets go to the tajuk..
Alhamdullilah, dapat juga saya sekolah sbp...
masih ingat post saya sebelum ni yang saya ada tulis saya harap dapat ke sekolah sbp..
n Alhamdullilah doa saya dimakbulkan
tak caya, tak caya.. ok, tengak bawah ni


l
l
l
l
l
l
l
l
l
V




 TAHNIAH. ANDA DITAWARKAN KE TINGKATAN EMPAT (4) DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH SEPERTI DI BAWAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013
   
 AGILIRAN:TD003K***
 NO. KAD PENGENALAN:97031846****
 NAMA:NOR ALIYA BINTI ABD. PATAH
 SEKOLAH ASAL:TEA2022 - SMK CHUKAI
 NO. TELEFON:0199875***
   
 NAMA SBP DITAWARKAN:SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK
 ALIRAN:SAINS TULEN (AGAMA)
 ALAMAT:PULAU SERAI
 POSKOD:26600
 BANDAR, NEGERI:PEKAN, PAHANG
 NO. TELEFON:09-4101010
   
TARIKH PENDAFTARAN : 29 JANUARI 2013 (SELASA)
   
Adakah anda bersetuju dengan penawaran ini?  



hah, nampak tu.. sbpi tun abdul razak aka inSTAR..
hais, lepas ni jadi pelajar pahang lah pulak hamba... maaf ye negeri terengganu, saya dah tak dapat berbakti pada awak... tak pe lah, terengganu tetap di hatiku.. saya tetap masih berbakti pada malaysia kan.. dan bukankah bermusafir itu sunat bila diniatkan kerana Allah dan hendak menuntut ilmu..
Insha Allah semuanya cuba kita lakukan kerana Allah dan sebenarnya kalau dilihatkan dari sirah-sirah para ulamak muktabar.. anbia. Kebanyakkan mereka tidak duduk setempat sahaja atau kita katakan di sini sebagai bermaustautin dalam satu-satu kawasan. Sebagai contoh Imam Syafie dilahirkan di Syria kemudian berguru di Mekah dan Madinah dan akhir wafatnya di Iskandariah, Mesir. Begitu jua dengan Nabi Ibrahim. Kebanyakkan para ilmuan Islam juga mempunyai kehidupan sebagai musafir.
Jadi saya nak bermusafir jugaklah.. hehe..
semoga Allah permudahkan semua urusan saya di sana..
yang saya risau takut tak sampai 2 minggu, tiba-tiba muka sama masih ada dekat sekolah SMKChukai aka TePCES... 
haha, kalu macam tu memang buat malu je..
tak pe lah ayah saya ada kata jugak, pergi dulu.. kalau rasa tak seronok pulang semula..
ceh, senang gila nak tukar sekolah kan, macam tukar baju je.. hehe..
tak pe, tak pe kalau perkara itu bukan yang terbaek untyuk saya, saya tak kesah..
tapi sebenarnya saya masih sedang menunaikan solat sunat isthikarah because still have time.
semoga kalau sekolah sbp itu yang terbaek Allah akan permudahkan segala urusan saya..
Jadi KAWAN-KAWAN yang membaca post saya ni tolong lah doa banyak2 untuk saya,
kan baik dan bagus doakan sesama muslim.. tak gitu.. anyway, thanks for the dua..
dan kepada Kawan-Kawan di SMKChukai aka TePCES aku pasti akan merinduimu..
Fatinhusna, qilah, intanshuhaniza aka jaja, hanim aka k.long kepada kami semua, lina dan semua rakan sekelas saya dari form 1 until form 3 iaitu dari kelas EXCELLENT aka budak bahasa arab.. 
dan kawan2 baru saya dari kelas 4 Advance... asma' amirah aka budak kembar dll.
ok, sampai di sini saja tulisan saya..
doakan kejayaan saya di sana ya kawan-kawan.. :')
Assalamualaikum..






Suka? LIKE lah!...Awak comel!