Sekadar gambar hiasan.
SEORANG pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
"Alangkah baiknya kalau pak cik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pak cik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan... Pak cik sangat lapar," kata pengemis.
Budak itu merenung pengemis dengan penuh simpati dan berkata, "Saya boleh beri pak cik beberapa ekor, dengan satu syarat..."
"katakan apa syaratnya?"
"Pak cik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.
"kenapa?" tanya pengemis agak ragu.
"saya perlu balik rumah untuk menguruskan adik saya."
Pengemis bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian budak itu datang semula. Dilihatnya ikan dalam raganya kini bertambah. Sepanjang
peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.
"Baiklah, semua ikan yang pak cik kail adalah kepunyaan pak cik," ujar si budak.
Pengemis terlalu gembira mendapat "upah"nya. Tidak sangka usahanya berbaloi.
Si pengemis segera ke kedai menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja dari seorang budak sedangkan dia sendiri boleh mengail ikan.
PENGAJARAN!!!
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempuh kegagalan.
~copy n paste dari solusi (kongsikanlah ilmu yang anda dapat walaupun sedikit)~
yang benar
~aliya apm~


No comments:
Post a Comment