HEY! thanks visit mine... hope u get what u want from my blog

Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri ) @HAFIZHAMIDUN @Arte...



sangat menyejukkan hati apabila mendengarnya..
terasa banyaknya dosa diri ini lakukan.. :'(




Suka? LIKE lah!...Awak comel!

DEMAM result P M R






Assalamualaikum kepada antum dan antunna semua..
Alhamdullilah kerana diberi kesempatan untuk bernafas hari ni..
Alhamdullilah.. Alhamdullilah.. Alhamdullilah..
bersyukurlah kerana walaupun kita tidak meminta untuk mendapatkan oksigen tetapi Allah masih mengurniakannya setiap kali kita menarik nafas..
Sumpah, aku tak pernah dengar orang berdoa mintak semoga diberikan oksigen..
kalau ada tu memang aku tabik, spring lagi.. :)
ok, kembali kepada tajuk..
yehh, P M R...
Yep, semalam semua budak batch 97 mendapat keputusan PMR..
Masing-masing pergi sekolah pukul 10 pagi, awal nak mampus.. bukan macam aku, masih duduk di depan televisyen dan menengok cerita NARUTO SHIPUDDEN sambil beremosi di mana ketika itu budak-budak lain sudah menitiskan air mata kerana terlalu berdebar.. dan aku ini mengambil result pada pukul 1.15 di mana kawasan sekolah sudah lengang tanpa orang dan hanya tinggal beberapa orang guru yang masih duduk di dalam dewan.. haha..
sebenarnya bukan kehendak hati hendak datang lewat, aku bajek dalam kol 11.30 nak datang sekolah tapi oh sedihnya orang yang perlu menghantar aku tidak mahu pergi awal-awal.. jujur aku cemburu sebab aku tidak sempat untuk menitiskan air mata di dalam dewan yang gah itu ketika menunggu result..
biarlah, dengar cerita dari kawan pon dah cukup menggembirakan... :'(
Oh, resultnya biarlah rahsia, anyway aku sangat-sangat bersyukur..
bawah ni ada beberapa gambar yang aku curi dari dalam facebook.. hehe..
aku tak datang macam mana nak ambil gambar kan, gambar aku lagi lah tak dek
relax ah aku bukan gila glemer...


result baru sampai... manis gitu cikgu senyum..


menanti dengan penuh debaran apabila result ingin diumumkan..



 

best student, my best friend...
first name dipanggil.. 9A's..
Tahniah Nurul Aqilah Binti Shukor.. :)
Hope we two will go to the school we request.. hehe..



atin, my best friend too..
TAHNIAH sahabat.. :)





kelas Brilliant, all straight A's..
anyway, i also proud with my class excellent..
20 got straight A's from 27..


muka-muka kegembiraan mendapat result yang gempak..
huhu.. tak sempat nak join..



Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Miskin kerana MALAS





Sekadar gambar hiasan.

SEORANG pengemis sedang melangkah longlai di tepi sebuah sungai. Dia terpandang seorang budak sedang memancing. Ada beberapa ekor ikan di dalam raga di sisinya.
"Alangkah baiknya kalau pak cik dapat ikan-ikan yang ada dalam raga anak tu. Pak cik akan menjualnya dan membeli sedikit makanan... Pak cik sangat lapar," kata pengemis.
Budak itu merenung pengemis dengan penuh simpati dan berkata, "Saya boleh beri pak cik beberapa ekor, dengan satu syarat..."
"katakan apa syaratnya?"
"Pak cik pegang joran ini dan tolong memancing untuk saya," kata budak itu.
"kenapa?" tanya pengemis agak ragu.
"saya perlu balik rumah untuk menguruskan adik saya."
Pengemis bersetuju dan terus memegang joran. Buat sajalah asalkan dapat makan, bisiknya dalam hati.
Beberapa lama kemudian budak itu datang semula. Dilihatnya ikan dalam raganya kini bertambah. Sepanjang
peninggalannya tadi si pengemis berjaya mengail beberapa ekor ikan.
"Baiklah, semua ikan yang pak cik kail adalah kepunyaan pak cik," ujar si budak.
Pengemis terlalu gembira mendapat "upah"nya. Tidak sangka usahanya berbaloi.
Si pengemis segera ke kedai menjualnya. Alangkah anehnya dia mendapat rezeki dengan mengambil upah bekerja dari seorang budak sedangkan dia sendiri boleh mengail ikan.

PENGAJARAN!!!
Kadangkala kemiskinan idea dan usaha lebih buruk daripada kemiskinan harta. Ramai pemalas sengaja menempah kegagalan kerana terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Padahal mencapai kejayaan jauh lebih mudah daripada menempuh kegagalan.


~copy n paste dari solusi (kongsikanlah ilmu yang anda dapat walaupun sedikit)~








yang benar
~aliya apm~







Suka? LIKE lah!...Awak comel!