Suatu ketika, dia berjalan menuju kabilah di Yaman. Di tengah perjalanan, dia terjumpa dengan seorang lelaki.
Pemuda itu menyapa, "Wahai tuan! Adakah kau dapat membawaku dan aku membawamu?"
Spontan lelaki itu menjawab, "Wahai bodoh! Kau ini kenapa? Aku menunggang kuda dan kau juga menunggang kuda, mana mungkin kita dapat saling membawa?"
Pemuda itu diam sahaja apabila mendengar jawapan lelaki itu.
Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan sehingga melewati sebuah kampung. Kampung itu dikelilingi oleh kebun buah-buahan yang sudah tiba masa dituai dan dipetik.
Pemuda itu bertanya, "Menurutmu, adakah buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"
Seketika, lelaki itu menjawabm "Pertanyaan itu aneh sekali! Kau sendiri melihat dengan mata dan kepalamu, buah-buahan itu masih ada di pokoknya dan belum dipetik. Mengapa kamu bertanya, sama ada buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"
Pemuda itu hanya diam dan tidak menjawab kata-kata lelaki itu. Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan. Baru sebentar mereka berjalan, mereka bertemu dengan orang yang sedang mengiringi jenazah.
Pemuda itu berkata, "Menurut pendapatmu, yang diiringi dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati, ya?"
Lelaki itu menjawab, " Aku semakin tidak faham denganmu. Aku tidak pernah bertemu dengan pemuda yang lebih bodoh daripadamu. Ya, jelas! Jenazah itu akan dibawa untuk dikuburkan. Tentu dia sudah mati."
Pemuda itu kembali diam dan tidak menjawab sepatah kata pun atas tomahan lelaki itu. Dia mengajak pemuda itu menginap di rumahnya. Dia berasa kasihan kerana pemuda itu kelihatan sangat letih.
Lelaki itu ada memiliki seorang seorang anak gadis yang sangat cantik. Setelah mengetahui ada tetamu menginap, anak gadisnya itu bertanya, "Ayah, siapakah dia?"
"Dia itu pemuda paling bodoh yang pernah aku temui," jawab ayahnya.
Anak gadisnya itu berasa hairan. Dia terus dengan pertanyaan berikutnya, "Bodoh! Kenapa?"
Ayahnya terus menceritakan awal pertemuaannya dengan pemuda itu dan segalanya kata-kata dan pertanyaannya. Apabila mendengar cerita ayahnya itu, anak gadis itu berkata, "Apalah ayah ini? Dia itu tidak bodoh. Sebenarnya dia sangat pintar dan pandai. Kata-katanya mengandungi makna tersirat. Ketika dia menanyakan, 'Adakah kau boleh membawaku dan aku membawamu?' Maksud bersama adalah, adakah kita boleh saling berbincang sehingga boleh membawa kita pada suasana yang lebih akrab?' Ketika dia bertanyakan, 'Buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?', Dia bermaksud, 'Adakah pemiliknya sudah menjualnya sebelum dipetik ataupun belum?' Jika telah menjualnya, pemiliknya tentu menerima wangnya dan membelanjakannya untuk makanan dan keperluan keluarganya. Kemudian, ketika dia bertanya, 'Adakah jenazah di dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati?' Maksudnya, adakah jenazah itu memilki anaj yang boleh melanjutkan perjuangannya ataupun tidak?'
Setelah mendengar apa yang dijelaskan oleh anak gadisnya itu, lelaki itupun keluar menemui pemuda itu. Dia meminta maaf di atas kata-katanya yang memperbodohkan pemuda itu. Kedua-duanya lalu berbincang.
Lelaki itu berkata, "Sekarang aku baru tahu apakah maksud pertanyaan-pertanyaanmu semasa dalam perjalanan tadi."
Lalu, dia menjelaskan seperti yang telah dijelaskan oleh anak gadisnya. Mendengar hal itu, si pemuda itu pun bertanya, "Saya yakin itu bukan lahir dari fikiranmu sendiri dan bukan ucapanmu. Demi Allah! LKatakanlah padaku siapakah yang menjelaskannya?"
"Yang menjelaskannya hal itu adalah anak gadisku." jawab lelaki itu.
Dengan spontan pemuda itu bertanya, "Adakah kau mahu menikah aku dengan anak gadismu itu?"
"Ya"
Begitulah, setelah melali pengembaraan panjang, akhirnya pemuda itu menemui teman hidup yang dia impikan.
Gadis Pintar Gadis Impian

.jpg)