HEY! thanks visit mine... hope u get what u want from my blog

Gadis Pintar Gadis Impian

Ada seorang pemuda Arab yang tampan, soleh dan sangat pintar. Dia ingin menikah dengan seorang gadis solehah dan pintar seperti dirinya. Maka, dia mula mengembara dari satu kabilah ke kabilah lain, bagi mencari gadis impiannya.

       Suatu ketika, dia berjalan menuju kabilah di Yaman. Di tengah perjalanan, dia terjumpa dengan seorang lelaki.

       Pemuda itu menyapa, "Wahai tuan! Adakah kau dapat membawaku dan aku membawamu?"

       Spontan lelaki itu menjawab, "Wahai bodoh! Kau ini kenapa? Aku menunggang kuda dan kau juga menunggang kuda, mana mungkin kita dapat saling membawa?"

       Pemuda itu diam sahaja apabila mendengar jawapan lelaki itu.

       Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan sehingga melewati sebuah kampung. Kampung itu dikelilingi oleh kebun buah-buahan yang sudah tiba masa dituai dan dipetik.

       Pemuda itu bertanya, "Menurutmu, adakah buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"

       Seketika, lelaki itu menjawabm "Pertanyaan itu aneh sekali! Kau sendiri melihat dengan mata dan kepalamu, buah-buahan itu masih ada di pokoknya dan belum dipetik. Mengapa kamu bertanya, sama ada buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?"

       Pemuda itu hanya diam dan tidak menjawab kata-kata lelaki itu. Kemudian, kedua-duanya meneruskan perjalanan. Baru sebentar mereka berjalan, mereka bertemu dengan orang yang sedang mengiringi jenazah.

       Pemuda itu berkata, "Menurut pendapatmu, yang diiringi dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati, ya?"

       Lelaki itu menjawab, " Aku semakin tidak faham denganmu. Aku tidak pernah bertemu dengan pemuda yang lebih bodoh daripadamu. Ya, jelas! Jenazah itu akan dibawa untuk dikuburkan. Tentu dia sudah mati."

       Pemuda itu kembali diam dan tidak menjawab sepatah kata pun atas tomahan lelaki itu. Dia mengajak pemuda itu menginap di rumahnya. Dia berasa kasihan kerana pemuda itu kelihatan sangat letih.

       Lelaki itu ada memiliki seorang seorang anak gadis yang sangat cantik. Setelah mengetahui ada tetamu menginap, anak gadisnya itu bertanya, "Ayah, siapakah dia?"

       "Dia itu pemuda paling bodoh yang pernah aku temui," jawab ayahnya.

       Anak gadisnya itu berasa hairan. Dia terus dengan pertanyaan berikutnya, "Bodoh! Kenapa?"

       Ayahnya terus menceritakan awal pertemuaannya dengan pemuda itu dan segalanya kata-kata dan pertanyaannya. Apabila mendengar cerita ayahnya itu, anak gadis itu berkata, "Apalah ayah ini? Dia itu tidak bodoh. Sebenarnya dia sangat pintar dan pandai. Kata-katanya mengandungi makna tersirat. Ketika dia menanyakan, 'Adakah kau boleh membawaku dan aku membawamu?' Maksud bersama adalah, adakah kita boleh saling berbincang sehingga boleh membawa kita pada suasana yang lebih akrab?' Ketika dia bertanyakan, 'Buah-buahan itu sudah dimakan oleh pemiliknya ataupun belum?', Dia bermaksud, 'Adakah pemiliknya sudah menjualnya sebelum dipetik ataupun belum?' Jika telah menjualnya, pemiliknya tentu menerima wangnya dan membelanjakannya untuk makanan dan keperluan keluarganya. Kemudian, ketika dia bertanya, 'Adakah jenazah di dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati?' Maksudnya, adakah jenazah itu memilki anaj yang boleh melanjutkan perjuangannya ataupun tidak?'

       Setelah mendengar apa yang dijelaskan oleh anak gadisnya itu, lelaki itupun keluar menemui pemuda itu. Dia meminta maaf di atas kata-katanya yang memperbodohkan pemuda itu. Kedua-duanya lalu berbincang.

       Lelaki itu berkata, "Sekarang aku baru tahu apakah maksud pertanyaan-pertanyaanmu semasa dalam perjalanan tadi."

       Lalu, dia menjelaskan seperti yang telah dijelaskan oleh anak gadisnya. Mendengar hal itu, si pemuda itu pun bertanya, "Saya yakin itu bukan lahir dari fikiranmu sendiri dan bukan ucapanmu. Demi Allah! LKatakanlah padaku siapakah yang menjelaskannya?"

       "Yang menjelaskannya hal itu adalah anak gadisku." jawab lelaki itu.

       Dengan spontan pemuda itu bertanya, "Adakah kau mahu menikah aku dengan anak gadismu itu?"

       "Ya"

       Begitulah, setelah melali pengembaraan panjang, akhirnya pemuda itu menemui teman hidup yang dia impikan.




Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Kalimat Pengusir Malaikat

SEPRANG ULAMA terkemuka, Imam Sahl bin Abdullah at-Tastari menceritakan kisah dirinya.

       "Ketika berumur tiga tahun, aku ikut bapa saudaraku iaitu Muhammad bin Sanwai melakukan qiyamullail. Aku melihat cara solat bapa saudaraku dan aku meniru gerakannya.

       Suatu hari, bapa saudaraku berkata kepadaku, "Adakah kau mengingati Allah, yang menciptankanmu?"

       Aku bertanya padanya, "Bagaimanakah caranya aku mengingati-Nya?"

       Beliau menjawab, Anakku! Jika kau berganti pakaian dan ketika hendak tidur, katakanlah tiga kali dalam hatimu, tanpa menggerakkan lidahmu. 'Allahu ma'i... Allahu naadhari... Allah syaahidi! (Ertinya, Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikan aku!). "

       Aku menghafalkan kalimah itu, lalu mengucapkannya setiap malam. Kemudian, aku menceritakan hal ini kepada bapa saudaraku.

       Bapa saudaraku berkata, "Mulai sekarang, ucapkan zikir itu sepuluh kali setiap malam."

       Aku mengamalkannya, aku fahami maknanya dan aku merasakan ada kenikmatan dalam hatiku. Fikiran terasa tenang, Aku berasa sentiasa bersama Allah Subhanahu wa Taala.

       Satu tahun selepas itu, bapa saudaraku berkata, "Jagalah apa yang aku ajarkan kepadamu, dan amalkanlah sehingga mati. Zikir itu akan bermanfaat bagimu di dunia dan akhirat.:

       Katanya lagi, wahai Sahl! Orang yang berasa selalu disertai Allah, dilihat Allah dan disaksikan Allah, adakah dia akan melakukan maksiat?"

       Kalimat Allahu ma'i, Allahu naadhiri. Allahu syaahidi! sangat terkenal di kalangan ulama arif billah. Bahkan, Syeikh al-Azhar, Imam Abdul Halim Mahmud, yang juga dikenali sebagai ulama yang arif billah menganjurkan kepada kaum Muslimin supaya membaca kalimah ini di dalam hati. Maknanya yang dasyat, jika dihayati dengan bersungguh-sungguh, akan mendatangtkan rasa ma'iyatullah (selalu berasa disertai, dilihat dan disaksikan oleh Allah Subhanahu wa Taala.

       Akhirnya, hal ini akan menimbulkan rasa takwa yang tinggi kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kalau sudah begitu, adakah orang yang berasa selalu disertai, dilihat dan disaksikan Allah akan melakukan maksiat?




Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Pahala Takut kepada Allah

Dalam sebuah hadis qudsi, ada riwayat mengenai balasan yang diberikan Allah kepada yang takut kepada-NYA. Rasulullah SAW bersabda, "Terdapat seorang lelaki yang tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali. Lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya, 'Jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian, taburlah sebahagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabku dengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorangpun di alam semesta!

       Tatkala lelakiitu meninggal dunia, keluarganya melaksanakan apa yang telah diwasiatkan kepada mereka. Lalu, Allah memerintahkan daratan supaya mengumpulkan abu yang disebar di daratan itu dan memerintahkan supaya lautan mengumpulkan abu yang disebar di lautan.

       Kemudian Allah SWT bertanya kepada lelaki itu (setelah dihudapkan kembali), "Mengapakah kau lakukan ini?"

       Lelaki itu menjawab, "Kerana aku takut kepadaMu wahai Tuhanku, dan Engkau lebih tahu itu semua,"

       Maka Allah SWT pun mengampuninya.

       Kisah dalam hadis Qudsi ini begitu memberi pengajaran dan penuh hikmah. Seseorang yang selalu berbuat maksiat dan tidak pernah beramal soleh sedikitpun, masih memiliki rasa takut pada Allah SWT. Keagungan Allah ada di hadapan matanya sehingga dia takut akan hisab dan azab Allah atas perbuatannya di dunia.

       Ketakutannya ini membuatnya membuat wasiat bodoh. Setelah mati, dia ingin mayatnya dibakar dan abunya disebarkan di daratan dan di lautan. Dengan begitu, Dia ingin selamat dari azab Allah. Dia yakin Allah itu ada, Dia juga yakin hisab Allah itu ada dan hisab itu menunggu setelah kematiaannya. Dia ingin menyelamatkan dirinya dengan cara menabur abu jasadnya itu di daratan dan di lautan,

       Namun Allah Maha Kuasa tetap menghisabnya. Tiada yang luput dari hisab-NYA. Akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah SWT.

       Hikmah yang dapat diambil dari kisah tadi adalah, walau sekecil apa pun keimanan dalam dada seseorang (iaitu keyakinan akan adanya Allah, hisab dan keadilan Allah) dapat mendatangkan keampunan dan rahmat Allah. Bagaimanapun jika rasa takut pada Allah itu dihadirkan pada setiap saat dengan disertai amal soleh? Tentunya pahala yang lebih besar dan agung disediakan Allah SWT.

       Di dalam kitan Al-Quran, Allah SWT telah berfirman, memberikan khabar gembira yang bermaksud:

       "Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagumgam Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. "
                                                                                   (Surah An-Naziat [79]: 40-41)


     
Suka? LIKE lah!...Awak comel!