Assalamualaikum...
Ya Allah Ya Tuhanku,
aku bersyukur kepadamu kerana dikurniakan sahabat sebaik dia..
dikala aku gembira dia turut sama gembira,
dikala aku kesedihan dia turut merasakannya,
dikala aku kesusahan dia membantu..
SAHABAT
sungguh baik hatimu,
sungguh bertuah aku mempunyaimu...
tidak ingin aku kehilanganmu..
aku tahu aku tidak mampu mencari pengganti bagi dirimu..
dirimu sungguh istimewa bagiku..
maafkan aku andai aku pernah melukakan hatimu dengan perangaiku ini...
terima kasih kerana sudi menerima diri ini seadanya...
Ya Allah semoga persahabatan ini terjalin atas namamu,
semoga persahabatan ini kekal untuk selama-lamanya...
Sahabat andai suatu hari ini kita kan terpisah biarlah kita terpisah kerana Allah... ",
Thanks for sharing your life with me.. =)
SAHABAT..