HEY! thanks visit mine... hope u get what u want from my blog

JANJI YANG DIMUNGKIRI

JANJI YANG DIMUNGKIRI

Cuba bayangkan,seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian2 waktu di tempat yang telah di tentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga, dan hati yang ceria.
Lima minit menanti, sahabat yang di tunggu tidak muncul. Tak mengapalah mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhatikan orang yang lalu-lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya peuh mesra, seorang pelajar termenung mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.
Tapi sahabat yang di nanti belum juga kunjung jelma.Tak apalah, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan…ah…sudah 20 minit berlalu..Kita menanti dan terus menanti…..1/2 jam, naik satu jam, dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung ! Apa yang anda rasa ? tentu anda berkata…..

a) Eeeee…manalah budak ni ?
b) Kalau ada hal,callah…
c) Tak guna betul, tadi dah janji.
d) Taulah esok…siap engkau!

Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucap aku janji sebagai orang islam dihadapan Allah swt bahawa kita akan mematuhi rukun islam teutamanya solat 5 waktu.Kita tahu solat itu tiang agama, telah kita ikrarkanya kepada Allah swt sejak sekian lama…

Kedengaran azan berkumandang, Allah swt sedang menanti kita menghadapNYA…5 minit…20 minit…40 minit…satu jam….dua jam….tiga jam…kita langsung tak sembahyang..Bayangkanlah, bagaimana kita telah berjanji dengan Allah swt, tetapi kita telah mungkirinya……..

Suka? LIKE lah!...Awak comel!

renungan Ibu


Suka? LIKE lah!...Awak comel!