HEY! thanks visit mine... hope u get what u want from my blog

Kisah Asal Usul Nafsu

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Pejam celik2.. dah sudah!!!

hari ni hari ke 29 aq berpuasa...heemmmm....
ayah aq kata pukul 10 nanti nk pergi beli baju raya...hehehe...
kalu sempat petang ni aq nk buat kuih raya,tpi takut bhn x cukup...huhuhu...
kerja sekolah x siap habis lgi,umah pun baru kemas skit...
tu pun bukan aq yang kemas,kakak aq...malas....
aq nk buat kerja x de mood....asyik menghadap fb je...
kalu ikut matilah,smpai bile pun x buat kerja...
apa-apa pun aq harap tahun raya tetap meriah seperti sebelum-sebelum ni dan mungkin lebih meriah lgi...
apa2 pun aq nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Suka? LIKE lah!...Awak comel!





















MY FRIEND

When you are sad
I will dry your tears.

When you are scared
I will comfort your fears.



When you are worried
I will give you hope.

When you are confused
I will help you cope.


And when you are lost
and can't see the light.

I shall be your beacon
shining ever so bright.


This is my oath
I pledge till the end.

Why you may ask
because you're my friend.

Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Aku….Aku…Tafsiran Dia


Aku ketawa dia kata aku gila,
Aku menangis dia kata aku sakit jiwa,
Aku senyum dia kata aku mengada-ngada,
Aku sengih dia kata aku macam kera…..

Aku ke ‘library’ dia kata aku mula ‘study’
Aku ke toilet dia kata aku cermin diri,
Aku berdiri dia kata aku tayang ‘body’,
Aku duduk dia kata aku lenguh sendi….

Aku termenung dia kata aku ingat pakwe,
Aku gigit jari dia kata aku tak reti kira-kira,
Aku kedip mata dia kata aku nak tackle dia,
Aku mengantuk dia kata aku “frust” bercinta….

Aku ke padang dia kata aku mula nak tunjuk aksi,
Aku ke masjid dia kata aku nak suci diri,
Aku ke jusco dia cakap aku banyak duit lagi,
Aku basuh baju dia kata baju aku banyak daki,
Aku berjaya dia kata aku bangga diri,
Aku…..Aku……..Arghhhhhhhhhh….
Semuanya tak kena……

Suka? LIKE lah!...Awak comel!

JANJI YANG DIMUNGKIRI

JANJI YANG DIMUNGKIRI

Cuba bayangkan,seorang kawan sudah berjanji dengan anda hendak berjumpa pada sekian2 waktu di tempat yang telah di tentukan.Jadi kita pun menunggulah dengan harapan membunga, dan hati yang ceria.
Lima minit menanti, sahabat yang di tunggu tidak muncul. Tak mengapalah mungkin jalan sesak. Kita menunggu lagi, memerhatikan orang yang lalu-lalang, sepasang kekasih berjalan beriringan, si ibu memimpin anaknya peuh mesra, seorang pelajar termenung mungkin hatinya resah memikirkan pelajaran.
Tapi sahabat yang di nanti belum juga kunjung jelma.Tak apalah, mungkin sekejap lagi dia sampai. Kita melihat jam di tangan…ah…sudah 20 minit berlalu..Kita menanti dan terus menanti…..1/2 jam, naik satu jam, dua jam, tiga jam, namun yang dinanti langsung tidak nampak batang hidung ! Apa yang anda rasa ? tentu anda berkata…..

a) Eeeee…manalah budak ni ?
b) Kalau ada hal,callah…
c) Tak guna betul, tadi dah janji.
d) Taulah esok…siap engkau!

Sekarang, cuba bayangkan diri kita sendiri yang telah mengucap aku janji sebagai orang islam dihadapan Allah swt bahawa kita akan mematuhi rukun islam teutamanya solat 5 waktu.Kita tahu solat itu tiang agama, telah kita ikrarkanya kepada Allah swt sejak sekian lama…

Kedengaran azan berkumandang, Allah swt sedang menanti kita menghadapNYA…5 minit…20 minit…40 minit…satu jam….dua jam….tiga jam…kita langsung tak sembahyang..Bayangkanlah, bagaimana kita telah berjanji dengan Allah swt, tetapi kita telah mungkirinya……..

Suka? LIKE lah!...Awak comel!

renungan Ibu


Suka? LIKE lah!...Awak comel!

Hari Pertama....

Hari ini hari pertama saya tulis blog,
sebenarnya kurang idea nak tulis blog tapi biarlah ilmu yang sikit itu kite perlu kongsi jugak,jangan kedekut ilmu tak baik...hehehe..
ape, tak betul?
sebenarnya kak long dan kak mie dah buat blog jadi merekalah sumber inspirasi saya untuk membuat blog ini.
ok,sampai di sini dulu,nanti kita baca yang lain plak...

Suka? LIKE lah!...Awak comel!